Saturday, June 14, 2008

Aku Yang Bernama Wanita Solehah


Fadhilah WanitaCatatan PembukaPoint-point dari halaman ini terdapat di dalam kitab Kanzul 'Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab, dan lain-lain, checking satu persatu belum dibuat. Mudah-mudahan dapat diambil ibrah darinya.


1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.


3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.


4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.


5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS .


7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.


8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.


9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.


10. Dari 'Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya dari api neraka."


11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)


15. 'Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah SAW. "Ibunya".


16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.


17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).


18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.


20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.


21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.


22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT


23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.


24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.


26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.


27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajibbaginya.


28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.


29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.


30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.


31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.


32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginyalapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.


33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.


34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.


35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.


36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.


37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.


38. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.


39. Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.


40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).


41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak". Sabda Baginda "Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami niscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.


42. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.


43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" , Allah akan berkahkan rezekinya.


44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.


45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."


46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."


47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."


48. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."


49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."


50. Sabda Nabi SAW: "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."


51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.


52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.


53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.


55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).


56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.


57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.


58. Rasulullah SAW bersabda bahwa, "Allah telah memberikan sifat iri (pencemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya suaminya menikahi istri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid".

terima kasih....kiriman bro nismoakazam

Mencari Calon Isteri


Bismillahirrahmanirrahim..selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad Kekasih Agung.


Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah Tidaklah setaqwa Aisyah Pun tidak setabah Fatimah Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman Yang punya cita-cita menjadi solehah...


Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah...kamu langit penaungnya Isteri ladang tanaman...kamu pemagarnya Isteri kiasan ternakan...kamu gembalanya Isteri adalah murid...kamu mursyidnya Isteri bagaikan anak kecil...kamu tempat bermanjanya

Saat isteri menjadi madu...kamu teguklah sepuasnya Seketika isteri menjadi racun...kamulah penawar bisanya.


Seandainya isteri tulang yang bengkok...berhatilah meluruskannya Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwaUntuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt Kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana Justeru kamu akan tersentak dari alpa


Kamu bukanlah Rasulullah saw Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin! Untuk isteri pula...renungkanlah... Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw Tidaklah setaqwa Ibrahim Pun tidak setabah Ayyub Atau pun segagah Musa Aalagi setampan Yusuf Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman.


Yang punya cita cita membangun keturunan yang soleh...amin! Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Suami menjadi pelindung...kamu penghuninya Suami adalah nahkoda kapal...kamu pengemudinya Suami bagaikan pelakon yang nakal...kamu adalah penonton kenakalannya.


Saat suami menjadi raja...kamu nikmati anggur singgahsananya Seketika suami menjadi bisa...kamulah penawar ubatnya Seandainya suami bengis lagi lancang...sabarlah memperingatkannya Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt Kerana memiliki suami yang tak segagah mana Justeru kamu akan tersentak dari alpa.


Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah...amin!


Justeru itu wahai para suami dan isteri... Jangan menuntut terlalu tinggi Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya Suami & isteri ingatlah! Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah...andai diri tidak semulia Rasulullah.


Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis...andai diri tidak sehebat Sulaiman Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof...seandainya kasih tak setulus Zulaikha Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim...andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah..
terima kasih.....kiriman bro nismoakazam

Friday, June 6, 2008

Jerat umrah RM500

KUALA LUMPUR: “Mak cik tidak sangka mereka sanggup menipu, apatah lagi membabitkan soal agama dengan menawarkan pakej umrah dengan harga hanya RM500,” kata Maimunah Ali, 58, mangsa sindiket penipuan kad keahlian pelancongan yang bergerak atas nama syarikat tertentu.Menurutnya, kejadian berlaku sebulan lalu ketika dia mengunjungi sebuah pasar raya besar di ibu negara.Katanya, ketika hendak memasuki pasar raya itu, dua wanita dan seorang lelaki berusia 20-an, menghampiria dan memperkenalkan kad keahlian pelancongan yang menawarkan pakej umrah percuma.“Mereka tanya sama ada saya pernah ke Makkah, saya beritahu sudah pernah mengerjakan haji.

“Tetapi mereka pandai memujuk dan memaklumkan jika membayar RM500, saya boleh mendapat kad keahlian pelancongan, termasuk menerima pakej mengerjakan umrah secara percuma,” katanya.

Maimunah yang percaya dengan kata-kata manis ejen kad pelancongan itu membayar RM500 sebelum diberi kad keahlian terbabit.“Mereka minta saya menghubungi talian tertera pada kad itu selain melayari laman web syarikat berkenaan.“Selepas dua minggu saya cuba menghubungi syarikat berkenaan, tetapi nombornya tiada dalam perkhidmatan.Disebabkan kecewa ditipu, dia membuat aduan kepada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC).

Seorang lagi mangsa yang mahu dikenali Rahim, 32, mendakwa selain pakej umrah secara percuma, dia ditawar potongan 50 peratus harga penginapan di hotel terpilih bertaraf empat dan lima bintang di seluruh negara.Katanya, ahli juga ditawarkan keahlian seumur hidup, pakej percutian ke Indonesia atau Thailand serta sehelai baju sebagai cenderahati.

Bagi Leow Choi Souk, 42, dia membuat pembayaran untuk menjadi ahli menggunakan kad kredit.“Mereka menawarkan pakej pelancongan ke China selama seminggu lengkap dengan kemudahan penginapan dan makanan.“Saya terpikat tawaran itu dan tanpa berfikir panjang mendaftar sebagai ahli kad pelancongan itu,” katanya.Menurutnya, selepas tiga minggu, dia memohon cuti tahunan sebelum menghubungi syarikat pelancongan terbabit, tetapi tiada siapa menjawab panggilannya.

Mengulas kegiatan sindiket itu, Pengarah NCCC, Darshan Singh berkata, pihaknya menerima banyak aduan penipuan membabitkan syarikat yang menjual kad keahlian pelancongan kepada orang ramai di seluruh negara.Menurutnya, pelbagai tawaran dibuat, termasuk orang ramai yang menjadi ahli boleh menuntut hadiah bercuti secara percuma di dalam dan luar negara tanpa dikenakan bayaran manakala mengerjakan umrah pada kadar RM399 saja.Beliau berkata, sindiket itu disyaki sering menukar nama syarikat mereka dan menjelajah ke seluruh negara bagi memperdaya orang ramai.Katanya, siasatan awal NCCC juga mendapati sindiket itu mendaftar lima hingga enam syarikat yang menjalankan kegiatan menjual kad keahlian pelancongan kepada orang ramai.